Lantikan penghulu di Kelantan selesai bulan depan

Lantikan penghulu di Kelantan selesai bulan depan

JASRI Kasim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) (PPNK ICU JPM) mengesahkan pelantikan penghulu atau Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung Persekutuan (JPKKP) akan selesai bulan depan.

Pengarahnya, Jasri Kasim berkata, proses lantikan yang dikendalikan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu melibatkan 636 buah kampung di negeri ini.

Menurutnya, JPKKP akan memainkan peranan sebagai wakil antara rakyat dengan Kerajaan Persekutuan di peringkat akar umbi.

“Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan memainkan peranan dengan menjadi penyelia kepada JPKKP.

“Sementara kami pula, akan bertindak sebagai jawatankuasa penilai,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat berkait fungsi dan peranan PPNK ICU JPM kepada media di Tunjong, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berpandangan pelantikan penghulu mewakili Kerajaan Perpaduan di Kelantan perlu disegerakan.

Katanya, langkah ini bagi melancarkan lagi gerak kerja dan tugasan melibatkan Kerajaan Perpaduan.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN