KPM perlu tambah 20,000 guru baharu

KPM perlu tambah 20,000 guru baharu

PENGAMBILAN 9,500 guru baharu bulan depan dikatakan masih tidak mencukupi untuk menampung kekurangan guru ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengambilan seramai 9,500 orang guru baharu yang diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kelmarin masih belum cukup untuk menampung masalah kekurangan guru.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Kesatuan Per­khidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang berkata, berdasarkan tinjauan, sektor pendidikan di Malaysia masih memerlukan seramai 20,000 untuk menampung ke­perluan sektor pendidikan setakat ini.

Katanya, untuk mengatasi masalah itu, kerajaan perlu menyalurkan peruntukan yang secukupnya kepada KPM untuk membuat pengambilan guru baharu secara besar-besaran melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“Kami bersyukur dengan apa yang dilakukan pihak kementerian, tapi setakat ini, 9,500 masih sedikit untuk tampung keperluan pendidikan negara.

“Peruntukan yang cukup sa­ngat penting supaya KPM boleh membuat pengambilan guru baharu melalui SPP secara besar-besaran,” katanya.

Kelmarin, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan seramai 9,500 guru baharu akan diambil pada bulan depan bagi mengatasi isu kekurangan guru ketika ini.

Dalam pada itu, Presiden Ikatan Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd. Azizee Hasan berkata, pihak KPM perlu ada pelan intervensi yang menyeluruh untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru pada masa hadapan.

“Pihak kementerian sepatutnya melihat keperluan kepada penambahan guru mengikut subjek dan bilangan murid di sekolah dan perlu cari punca kepada masalah ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN