Korek telaga tiub lebih 100 meter pastikan sumber air bersih, tiada bendasing

Korek telaga tiub lebih 100 meter pastikan sumber air bersih, tiada bendasing

ZULKIFLI Wahijan (dua kanan) bersama Nor Ain Mohd. Amin semasa meninjau telaga tiub yang siap di bina Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Muslim Care Malaysia (MCM) mendedahkan mereka terpaksa mengorek telaga tiub lebih 100 meter bagi memastikan sumber air yang dibekalkan kepada penduduk secara bersih dan tiada bendasing.

Presidennya Zulkifli Wahijan berkata, setakat ini MCM tidak berdepan dengan masalah air berbau selepas melepasi kedalaman lebih 100 meter.

“Cuma ketika kerja-kerja mengali itu ada juga berlaku kawasan tiada air, jadi kita terpaksa tukar lokasi dan situasi ini akan menyebabkan berlaku peningkatan kos,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Projek Water2Survive MCM dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) di dewan serbaguna Taman Rantau Mas Rantau Panjang di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Jabatan Kumpulan Pengurusan Syariah BPMB Nor Ain Mohd. Amin.

Mengulas mengenai pembinaan telaga tiub itu Zulkifli memberitahu, kira-kira 10,000 penduduk mendapat manfaat daripada 14 telaga tiub siap di Rantau Panjang.

Katanya, pembinaan ini melibatkan kos sebanyak RM291,200 hasil kerjasama MCM dengan BPMB termasuk kawasan taman perumahan, sekolah dan masjid sekitar daerah Rantau Panjang ini.

“Antara kampung terlibat ialah Kampung Luar Gual Periok, Kubang Kual, Gual Sok Sek, Bukit Tandak dan beberapa kampung lagi Pihak yang menerima manfaat adalah penduduk kawasan taman, pelajar sekolah dan jemaah masjid kerana ada sekolah dan masjid turut dibina telaga tiub ini.

“Pembinaan telaga tiub ini sebagai alternatif untuk penduduk di sini yang menghadapi masalah terputus bekalan air,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya