Imam meninggal dunia, kelapa dikait jatuh kena kepala - Utusan Malaysia

Imam meninggal dunia, kelapa dikait jatuh kena kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang Imam di Masjid Felda Raja Alias 2, di sini, meninggal dunia selepas buah kelapa yang dikaitnya jatuh mengenai kepala dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa, Aisa Ujang, 66, meninggal dunia selepas dua jam menerima rawatan di Hospital Jempol.

Menurutnya, berdasarkan keterangan anak mangsa, kejadian berlaku di belakang rumah mangsa dan mangsa mengait buah kelapa selang dua minggu untuk dijual kepada peniaga.

“Kejadian itu disaksikan isteri mangsa, sebaik kejadian, isteri mangsa terus mendapatkan bantuan ahli keluarga dan jiran berdekatan untuk menghantar mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dua jam menerima rawatan. Doktor yang memberi rawatan mendapati tiada kesan luka disebabkan senjata tajam seperti parang atau sabit,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, mangsa mengalami kecederaan dalaman pada bahagian kepala akibat buah kelapa yang jatuh ke atas kepala.

Menurutnya, anak mangsa juga turut memaklumkan mangsa mempunyai sejarah sakit jantung sejak tahun 2018 dan darah tinggi sejak 2010 dan sentiasa mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berhampiran sehingga kini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya