KOTA BHARU: Peningkatan harga emas yang mencecah sehingga RM307 satu gram dan tertinggi dalam sejarah menyaksikan wanita di negeri ini mengambil kesempatan mencairkan ‘aset’ mereka itu kepada wang tunai. Tinjauan di beberapa buah kedai emas di sini mendapati golongan wanita mengambil peluang menjual barang kemas masing-masing, malah, ada premis yang kelihatan agak sesak dengan urusan tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif Mz Gold Sdn. Bhd, Murtadhatumizi Mustahapa berkata, kenaikan harga emas bermula pada penghujung September lalu sehingga semalam. “Sebelum ini harga emas sekitar RM285 untuk satu gram. Saya menjangkakan harga emas terus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya