Elaun, gaji pekerja kontrak mesti setara gaji minimum

Elaun, gaji pekerja kontrak mesti setara gaji minimum

AHMAD Zahid Hamidi menyerahkan cek kepada Tokoh Mualaf Kebangsaan, Wan Masindra Juja dalam Majlis Konvokesyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan 2023 di Bangi, semalam. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Elaun dan gaji pekerja kontrak wajar dibayar sekurang-kurangnya mengikut gaji minimum RM1,500 seperti yang ditetapkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kakitangan kontrak juga bekerja keras dalam menjalankan tugas mereka tanpa sebarang kompromi.

Justeru, beliau menyifatkan pekerja kontrak juga layak meraih pendapatan sewajarnya sama seperti pekerja tetap.

“Seharusnya begitu (bayar kontrak gaji minimum). Elaun dan gaji pekerja atau kakita­ngan kontrak mesti menjurus sekurang-kurangnya setara de­ngan gaji minimum,” katanya kepada pemberita selepas me­rasmikan Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan 2023, semalam.

Beliau memberi contoh bagaimana pendakwah dan mubaligh hanya meraih pendapatan yang kecil walaupun menjalankan tugas yang berat.

“Oleh kerana pendakwah dan mubaligh ini dikategorikan sebagai usaha dakwah secara sukarela dan mereka juga dikenali sebagai sukarelawan dalam penyebaran dakwah, namun jabatan-jabatan agama negeri dan Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil beberapa inisiatif untuk meletakkan mereka sebagai pendakwah perkhidmatan secara kontrak, maka elaun diberikan secara relatif masih rendah.

“Jadi, elaun untuk mereka wajar ditambah kerana kerja-kerja dakwah ini menyantuni banyak permasalahan terutamanya saudara-saudara baharu kawasan pedalaman, adalah munasabah biarpun jabatan agama negeri di bawah tuanku (sultan), tapi ia juga dibuat untuk sekolah dan kelas Kafa, insya-Allah ia boleh diselaras kita tunggu pengumuman Perdana Menteri dalam Bajet 2024,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×