PETALING JAYA: Sudah tiba masa untuk Malaysia mempunyai agensi tunggal atau single border agency (SBA) seperti Amerika Syarikat (AS) mengawal selia sempadan negara bagi mengelak berlakunya pencerobohan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Geostrategis, Azmi Hassan berkata, penubuhan SBA wajar bagi mengatasi pencerobohan melibatkan sempadan supaya dapat dikawal secara sistematik, telus dan lebih teratur tanpa ada kecelaruan dengan banyak agensi. “Contohnya seperti kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) ada peraturan tersendiri, imigresen…










