Belanjawan 2024: Penjawat awam diberi insentif awal RM2,000 - Utusan Malaysia

Belanjawan 2024: Penjawat awam diberi insentif awal RM2,000

Kerajaan akan memberi insentif awal RM2,000 kepada penjawat wam gred 56 dan ke bawah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000  kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Kerajaan juga akan memberi RM1,000 kepada semua kakitangan Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut beliau, bayaran insentif RM1,000  turut dikreditkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen. 

“Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal,” katanya.

LIPUTAN

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan bersetuju supaya liputan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditambah baik dan had siling gaji ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 selaras dengan pindaan Skim PERKESO bagi sektor swasta bagi memastikan nasib penjawat awam terbela.

Katanya, kenaikan had siling gaji tersebut membolehkan kadar bayaran faedah di bawah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja meningkat sehingga 50 peratus atau sekitar RM1.6 juta ringgit. 

“Dengan kata lain, penjawat awam atau waris akan menikmati tuntutan pampasan yang lebih tinggi sekiranya berlaku kemalangan semasa bertugas,” katanya.

Kata Anwar, kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.

Beliau menjelaskan, Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan. 

“Sebagai langkah menggalakkan penghasilan batik Malaysia yang berkualiti tinggi, Kerajaan bersetuju memperluas Kemudahan Bantuan 109 Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi untuk meliputi pakaian batik Malaysia untuk semua penjawat awam yang layak,” katanya.

Anwar dalam pada itu berkata, kerajaan menyarankan majikan swasta turut sama mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran kepada pekerja mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa 

“Tahun hadapan, Kerajaan akan mula mempergiat sesi libat urus.Saya menyeru untuk pihak swasta untuk memberi ganjaran terutamanya syarikat yang mempunyai keuntungan yang munasabah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya