Bantuan Palestin: Awas penipuan pihak-pihak ambil kesempatan - Utusan Malaysia

Bantuan Palestin: Awas penipuan pihak-pihak ambil kesempatan

Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai diminta menyemak kesahihan mana-mana pihak  yang mendakwa menguruskan  bantuan kepada penduduk  Palestin bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Sebaliknya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata,  masyarakat dinasihat memilih saluran yang betul untuk  sama-sama membantu penduduk Palestin yang  kini sedang berperang dengan Israel.

“Dalam perkara ini masyarakat perlu lebih berwaspada untuk mengelak daripada terjerat dengan tindakan tidak bertanggungjawab mana-mana pihak yang cuba mengaut keuntungan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) akan meningkatkan pemantauan serta mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat pihak dikesan cuba mengambil kesempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Razarudin berkata, PDRM juga mengingatkan rakyat  untuk tidak membuat sebarang pergerakan ke kawasan konflik atas faktor keselamatan.

Kata beliau, Cawangan Khas (SB) mengawasi sebarang pergerakan rakyat Malaysia ke negara bergolak sehingga mewujudkan risiko keselamatan diri.

“PDRM akan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan atas belas ihsan rakyat Malaysia.

“Keselamatan rakyat Malaysia dalam usaha memberikan sokongan kepada rakyat Palestin turut menjadi keutamaan,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN