PETALING JAYA: Beberapa agensi penguat kuasa Malaysia menunggu kepulangan Roger Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di Amerika Syarikat (AS) untuk melengkapkan siasatan masing-masing membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Antara agensi dijangka memerlukan maklumat atau menyiasat sekutu ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low itu ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Selain itu, bekas ketua pelaburan Goldman Sachs itu berkemungkinan turut diperlukan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Siasatan ke atas Roger, 51, yang diserahkan AS kepada Malaysia semalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya