Tiga cedera, bas persiaran terbalik - Utusan Malaysia

Tiga cedera, bas persiaran terbalik

ANGGOTA Bomba membantu mengeluarkan mangsa dari sebuah bas persiaran yang terbabas dan terbalik dalam kemalangan di Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson pagi tadi.-GAMBAR/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seramai tiga orang cedera selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik dalam kejadian kemalangan di Kampung Baru Si Rusa di sini pagi tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Khalid Dollah berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan mengenai nahas tersebut pada pukul 10.01 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah bas persiapan yang membawa seramai 20 orang penumpang iaitu lapan lelaki dewasa dan 12 orang wanita dewasa.

“Mereka dalam dalam perjalanan dari sebuah hotel di Batu 4, Port Dickson ke Pantai Telok Kemang dan bas berkenaan dipercayai telah terbabas di bahu jalan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang cedera ringan tersebut ialah pemandu bas dan dua penumpang wanita.

“Pihak bomba telah membantu mengeluarkan kesemua mangsa dan mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN