PETALING JAYA: Malaysia perlu menyelesaikan beberapa isu pertikaian sempadan dengan negara-negara jiran termasuk China dan Indonesia sebelum membuat peta baharu bagi membuktikan ketegasan sebagai sebuah tanah air berdaulat. Bercakap kepada Utusan Malaysia, tokoh sejarah, Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, meskipun negara mempunyai alasan dan bukti termasuk dokumen sejarah, namun, perkara itu perlu melalui undang-undang antarabangsa bagi memperkukuhkan sebarang tuntutan pertikaian. Menurut beliau, Malaysia tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan peta baharu dengan…










