PRK: Tiga beradik ambil cuti balik mengundi bersama keluarga - Utusan Malaysia

PRK: Tiga beradik ambil cuti balik mengundi bersama keluarga

LIEW YOKE SIANG (tengah) dan suaminya, Toh Kai Peet (dua dari kanan) serta tiga anak mereka, Toh Wan Bin (kanan), Toh Jun Wei (dua dari kiri) dan Toh Wan Teng (kiri) menunjukkan jari yang dicalit dakwa selesai mengundi pada PRK Parlimen Pulai di SMK Taman Bukit Indah, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai hari ini amat bermakna bagi sebuah keluarga dari Taman Bukit Indah kerana mereka dapat bersama-sama menunaikan tanggungjawab mengundi.

Liew Yoke Siang, 53, bersama suaminya, Toh Kai Peet, 60, serta tiga anak mereka, Toh Wan Teng, 27, Toh Wan Bin, 25, dan Toh Jun Wei, 20, ceria usai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Indah, di sini.

Lebih manis, tiga beradik itu yang bekerja di Singapura mengambil cuti semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.

Wan Teng yang bekerja sebagai akauntan di Kota Singa nyata teruja apabila dapat bersama-sama keluarganya mengundi hari ini.

“Kami tiga beradik bekerja di Singapura, adik saya Wan Bin bekerja sebagai pereka fesyen dan Jun Wei bekerja sebagai pegawai perhubungan awam dan kami menyewa di sana.

“Kami mengambil cuti dan pulang bersama-sama, semalam naik bas. Saya mengetahui adanya mengundi hari ini menerusi hebahan media sosial selain ibu bapa saya suruh balik mengundi,” katanya.

PRK tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN