PRK; Cuaca cerah, proses pengundian lancar - Utusan Malaysia

PRK; Cuaca cerah, proses pengundian lancar

ANTARA pengundi awal yang datang untuk mengundi bagi Parlimen Pulai di Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU:  Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram berjalan lancar  bermula pukul 8 pagi ini.

Cuaca cerah membolehkan para pengundi keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Antara yang awal menunaikan tanggungjawab berkenaan ialah Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot bagi kawasan Parlimen Pulai.

Beliau selesai mengundi di Pusat Mengundi Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB), di sini pada pukul 8.20 pagi.

NOOH GADOT menunjukkan jari yang sudah ditanda dakwat selepas mengundi di MSAB, Johor Bahru.

Diminta memberikan pandangan tentang PRK tersebut, beliau hanya meminta semua pihak bersangka baik.

“Bersangka baiklah, Insya-Allah semua baik-baik sahaja,” katanya ringkas.

PRK tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu. 

Parlimen Pulai mempunyai seramai 167,108 pengundi yang terdiri daripada 74,814 Melayu (44.17%), Cina 67,635 (40.48%), India 20,555 (12.30%) serta Lain-lain 5,104 (3.05%), manakala DUN Simpang Jeram pula mempunyai 40,488 pengundi yang terdiri daripada Melayu 21,005 (51.88%), Cina18,052 (44.59%), India: 1,027 India (2.54%) dan Lain-lain 404 (0.99%). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN