PETALING JAYA: Penggunaan cermin gelap melibatkan kenderaan persendirian dibenarkan namun perlu mengikut spesifikasi ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, kadar ketelusan cahaya tampak bagi bahagian cermin depan kenderaan adalah 70 peratus manakala bagi cermin sisi kiri dan kanan pemandu adalah 50 peratus. Katanya, bagi cermin belakang dibenarkan gelap sepenuhnya dengan syarat kenderaan itu dilengkapi dengan cermin pemantul kanan dan kiri. “Bagi cermin sisi penumpang, ia dibenarkan gelap sepenuhnya. Bagaimanapun, bagi pemilik kenderaan persendirian yang mahu menggelapkan kenderaan melebihi peratusan ditetapkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya