Pengasuh direman, dipercayai dera kanak-kanak lelaki - Utusan Malaysia

Pengasuh direman, dipercayai dera kanak-kanak lelaki

Mohd. Sohaimi Ishak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pengasuh berusia 29 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan berkaitan kes penderaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun di Bandar Bestari Perdana, Pasir Gudang.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, wanita itu ditahan reman hingga 4 September ini ekoran laporan dibuat seorang pengadu berusia 28 tahun yang merupakan ibu kepada mangsa

“Siasatan mendapati kejadian dera yang tular dalam media sosial itu berlaku di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Bandar Bestari Perdana, Pasir Gudang pada pukul 3.50 petang, 25 Ogos lalu.

“Bertindak atas laporan polis pengadu, suspek ditahan di sebuah rumah di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang pada pukul 2.15 petang, 29 Ogos lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, manakala ujian urin turut mendapati dia negatif penyalahgunaan dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN