Penduduk dakwa banjir kilat terburuk landa Kampung Lepan Jaya

Penduduk dakwa banjir kilat terburuk landa Kampung Lepan Jaya

HUJAN lebih satu jam semalam menyebabkan kejadian banjir kilat di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang, Kelantan semalam. UTUSAN/IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Penduduk di Kampung Lepan Jaya di sini mendakwa banjir kilat yang melanda kawasan itu semalam disifatkan terburuk bagi tahun ini.

Seorang penduduk, Hazhari Hamat, 57, mendakwa masalah itu dipercayai berpunca daripada sungai berhampiran yang cetek dan kawasan curam sehingga tidak dapat menampung kapasiti air hujan lebat.

“Kami menyedari kejadian banjir kilat melanda selepas pembinaan projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) di kawasan berhampiran.

“Kami berharap pihak berkuasa dapat membantu penduduk yang sering terlibat dengan banjir kilat termasuklah menyelenggara kawasan perparitan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk Mohd. Yusof Seman, 61, memberitahu, peningkatan mendadak paras air itu menyebabkan dia dan keluarganya tidak sempat berbuat apa-apa dalam tempoh yang singkat itu.

Katanya, paras air kemudiannya surut secara beransur-ansur bermula pukul 9 malam.

“Sebaik sahaja air mulai surut, saya dan keluarga terus bergotong-royong membersihkan lumpur telah yang masuk ke dalam rumah,” ujarnya.

Hujan lebat yang bermula pukul 6 petang menyebabkan paras air mula naik dan melimpah masuk ke dalam rumah penduduk sekitar pukul 7.30 malam.

Ekoran itu, lebih lima buah rumah penduduk di kawasan itu terjejas selepas ditenggelami banjir kilat tersebut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya