Pekerja ladang lemas ketika memancing di lombong - Utusan Malaysia

Pekerja ladang lemas ketika memancing di lombong

PASUKAN bomba dan penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat warga Indonesia yang lemas ketika mancing bersama rakannya di lombong dekat Felda Linggiu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang pekerja ladang lemas ketika mancing bersama-sama rakannya di sebuah lombong dekat Felda Linggiu, di sini semalam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Tinggi II Bahtiar Selamat berkata, mangsa merupakan warga Indonesia dikenali sebagai Sapoan, 43.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tenggara menerima panggilan kecemasan menerusi talian terus ke balai pada pukul 6.20 petang dan seramai 13 anggota dari Bandar Tenggara dibantu BBP Mersing dan BBP Skudai dihantar ke tempat kejadian. 

“Mangsa adalah pekerja kebun di Felda tersebut. Dia datang memancing di lombong berkenaan bersama-sama seorang lagi rakannya.

“Operasi mencari dan menyelamat dilakukan di sekitar kawasan mangsa dipercayai lemas. Mayat mangsa berjaya ditemukan oleh pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Mersing setelah membuat selaman selama 30 minit pada kedalaman lima meter pada jarak lapan meter dari tebing tasik mangsa memancing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pukul 1.10 pagi malam tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN