Pasukan Van Jenazah juara futsal Masjid Mukim Pintu Geng

Pasukan Van Jenazah juara futsal Masjid Mukim Pintu Geng

PASUKAN Van Jenazah menerima hadiah wang tunai dan piala berupa seekor kambing diraikan beramai-ramai oleh peserta Kejohanan Futsal Veteran dan Belia sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Masjid Mukim Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan malam tadi. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pasukan Van Jenazah merangkul kejuaraan Kejohanan Futsal Veteran dan Belia anjuran Masjid Mukim Pintu Geng dengan kerjasama Persatuan Jalinan Ukhwah Ahli Kubur (JUAK) sempena sambutan Hari Malaysia ke-60 selepas menang bergaya ke atas Keranda 4-1 pada perlawanan akhir semalam.

Kejayaan itu menyaksikan pasukan yang turut dibarisi Imam Muda Masjid Mukim Pintu Geng, Mohammad Saifullah Yusof membawa pulang wang tunai RM500 dan seekor kambing.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Mohammad Saifullah berkata, kejohanan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia itu bertujuan menarik minat masyarakat terutama golongan muda untuk mendekati serta mengimarahkan masjid.

“Saya gembira dan berpuas hati dengan pelaksanaan program ini yang dianggap berjaya mencapai matlamat utama penganjurannya. 

“Melalui program ini ia dapat membuka ruang untuk merapatkan hubungan masyarakat dengan pihak Masjid Mukim Pintu Geng,” katanya ketika ditemui malam tadi.

Sementara itu, Presiden JUAK Mohad Napi Othman memberitahu, kejohanan futsal merupakan acara penutup kepada sambutan tersebut.

Katanya, lebih membanggakan apabila imam dan bilal serta ahli jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan turut menjadi peserta bersama 72 pemain yang dibahagikan kepada 12 pasukan menggabungkan golongan veteran dan belia.

“Selain futsal, pemeriksaan kesihatan, derma darah serta bantuan asnaf dan anak yatim melibatkan Universiti Sains Malaysia (USM), wawancara Anti Dadah turut dianjurkan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya