Lima lelaki rogol  wanita masih diburu - Utusan Malaysia

Lima lelaki rogol  wanita masih diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis masih memburu lima lelaki yang terlibat memperkosa seorang wanita bergilir-gilir di sebuah rumah di Wangsa Maju di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, setakat ini belum ada tangkapan dilakukan dan saksi yang dicari juga belum tampil membantu siasatan.

Bagaimanapun, menurut beliau, identiti individu dicari sudah  dikenal pasti dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.

Khamis lalu media melaporkan seorang wanita yang sedang tidur ‘diserang’ lima lelaki sebelum diperkosa bergilir-gilir di kediamannya.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa berusia 27 tahun ketika itu  tidur di dalam bilik tersedar apabila mulutnya ditutup dengan tangan oleh suspek yang juga dipercayai rakan kepada abang iparnya.

Suspek turut mengikat tangan dan menutup mulut mangsa dengan pita pelekat sebelum mereka memperkosanya dan merakam perbuatan terkutuk itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN