Lelaki warga asing ditahan bawa 85 peket minyak masak bersubsidi - Utusan Malaysia

Lelaki warga asing ditahan bawa 85 peket minyak masak bersubsidi

SEORANG lelaki warga asing ditahan kerana memiliki 85 peket minyak masak bersubsidi tanpa dokumen dan permit sah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan seorang lelaki warga asing dan merampas 85 peket minyak masak bersubsidi dalam Op Taring Landai, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, Unit Risikan PPM telah melakukan pemeriksaan terhadap kereta dipandu suspek pada pukul 12.30 tengah hari di bandar raya ini.

“Hasil pemeriksaan mendapati kereta itu membawa lima kotak mengandungi 85 peket minyak masak satu kilogram yang bernilai RM8,212.

“Minyak masak tersebut tidak mempunyai dokumen dan permit yang sah. Pihak polis turut menahan lelaki warga asing berusia 35 tahun itu untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kamarul Zaman turut menggesa orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat kepada polis berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang dan peraturan supaya keselamatan negara dan ketenteraman awam terpelihara.

“Polis Johor menasihati mereka yang masih terbabit dengan aktiviti penyeludupan agar menghentikan aktiviti berkaitan. Polis tidak akan berkompromi serta akan terus menjejaskan aktiviti ini,” tegasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN