PETALING JAYA: Proses membawa pulang bekas jurubank Kumpulan Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa bagi menjalani perbicaraan di mahkamah negara ini hanya perlu diselesaikan secara diplomatik antara Kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, ia lebih kepada budi bicara antara dua negara bagi membolehkan dia tetap menjalani hukumannya di Amerika Syarikat pada masa sama boleh dibicarakan di Malaysia. Beliau berkata,…