JIM kaji pas sempadan dibuat di satu lokasi

JIM kaji pas sempadan dibuat di satu lokasi

RUSLIN Jusoh semasa sidang media selepas melakukan tinjauan di sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang menjalankan kajian untuk membenarkan pas sempadan dibuat di satu lokasi sahaja di setiap negeri yang bersempadan dengan negara jiran.

Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berkata, hasil kajian itu akan dijadikan sebagai panduan sebelum membuat sebarang pertimbangan mengenai langkah tersebut.

“Buat masa ini, kita (JIM) sedang mengumpulkan data-data terlebih dahulu untuk melihat keberkesanan perubahan dari segi operasi dan sebagainya.

“Pada masa sama, kita turut mengenalpasti senarai individu yang kerap memohon pas sempadan dan lain-lain lagi,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok, Pengkalan Kubor di sini hari ini bersama Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Dalam perkembangan lain, Ruslin memberitahu, masalah kekurangan buku pas sempadan yang membelenggu rakyat negeri ini sudah selesai sepenuhnya sejak minggu lalu.

Katanya, selain Kelantan buku tersebut sudah diedarkan ke tiga lagi negeri yang bersempadan dengan Thailand iaitu Perlis, Kedah dan sebahagian Perak.

“Jadi orang ramai boleh memohon pas sempadan di kawasan masing-masing,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya