Isu gangguan orang ketiga membabitkan anak selebriti: kakak dedah mangsa berdepan gangguan emosi

Isu gangguan orang ketiga membabitkan anak selebriti: kakak dedah mangsa berdepan gangguan emosi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu gangguan orang ketiga membabitkan anak pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim, meruncing apabila kakak kepada mangsa mendedahkan adiknya berdepan gangguan mental dan emosi gara-gara masalah tersebut.

Wanita yang dikenali sebagai Nadiah Mazlan itu, menerusi Instastorynya memaklumkan adiknya, Misya Mazlan terpaksa dibawa berjumpa psikiatris akibat kesengsaraan yang ditanggung selepas mengalami kemusnahan rumah tangga.

“Engkau orang menang sekarang sebab adik aku sudah langgar taklik. Adik aku bergelar ibu tunggal di usia 24 tahun, dengan anak dua orang yang masih belum kenal dunia.

“Allah tidak pernah tidur, Allah maha mengetahui. Aku percaya satu masa nanti Allah pasti akan balas dengan seburuk-buruk pembalasan,” tulisnya di Instastory.

Misya mencetuskan kekecohan apabila mendedahkan rumah tangganya, yang terbina tiga tahun hancur gara-gara orang ketiga yang didakwa, Marissa.

Dalam pada itu, Nadiah mendakwa, bekas suami adiknya itu sebelum ini merancang untuk menampakkan isterinya seolah-olah kurang siuman dan sering berprasangka buruk.

“Engkau orang mainkan mental emosi adik aku, create benda yang menampakkan adik aku macam perempuan yang sudah mental.

“Kau buat kami percaya yang adik aku ini terlalu berprasangka buruk, sampai kami decide bawa dia jumpa psikiatris.

“Kau junjung Al-Quran, bersumpah dengan nama Tuhan setiap hari. Kau letak cerai taklik pada adik aku kononnya kau tak buat benda itu. Rupanya, semua engkau orang dah rancang. Play victim supaya nampak salah itu dekat adik aku,” dakwanya lagi.

Pada masa yang sama, Nadiah turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan Marissa yang mencalit arang ke muka ibu bapa gara-gara tindakannya itu.

“Kau tak ambil ibrah daripada apa yang berlaku dalam keluarga kau sendiri. Kau langsung tak jaga air muka mak bapa kau, tak ada rasa simpati dekat mereka.

“Dia orang datang rumah aku, tebalkan muka berdepan dengan kami semua. Tapi kau pijak lumat maruah dia orang.

“Aku dah pesan depan semua orang, termasuk family kau. Kalau benda ini berulang, jangan salahkan kami kalau adik aku viralkan.

“Aku betul-betul simpati dekat family kau dengan semua benda yang kau dah buat,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya