Genius bukan alasan perlekeh orang lain – Hakim - Utusan Malaysia

Genius bukan alasan perlekeh orang lain – Hakim

Wan Ji Wan Hussin diperintah menjalani hukuman penjara sembilan bulan berkuat kuasa semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Kebebasan bersuara tidak bermaksud kita boleh bercakap sesuka hati. Perkataan yang dikatakan dalam hantaran Facebook tersebut memang tidak sesuai”.

Demikian kata-kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hadhariah Syed Ismail semasa memerintahkan pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin, 41, menjalani hukuman penjara sembilan
bulan.

Hukuman itu berkuat kuasa semalam selepas sabitan terhadap tertuduh kerana menerbitkan perkataan menghasut dan menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hampir 11 tahun lalu dikekalkan.

Menurut Hadhariah, jika tertuduh mahu memberi nasihat, pendakwa bebas itu seharusnya menggunakan kata-kata baik agar nasihat itu dipatuhi.

“Jangan guna perkataan tidak sesuai terutama terhadap Sultan Selangor kerana sekarang ada 3R (agama, raja, perkauman). Hati-hati dengan perkataan sensitif ini,’’ kata hakim itu.

Turut bersama Hakim Hadharian semalam ialah Hakim Datuk Azman Abdullah dan Hakim Datuk Azmi Ariffin. Panel tiga hakim itu sebulat suara menolak rayuan akhir Wan Ji terhadap sabitan yang dikenakan terhadapnya.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan rayuan pendakwah bebas itu terhadap hukuman dan mengetepikan penjara setahun seperti diputuskan Mahkamah Tinggi pada 9 Julai 2019 dan mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 9 April 2018.

Hakim Hadhariah ketika mem­bacakan keputusan itu berpuas hati, rayuan Wan Ji terhadap sabitan tiada merit kerana terdapat banyak ke­terangan yang menunjukkan perayu adalah pemilik laman Facebook tersebut.

Pada hemat panel itu, tidak ada apa-apa yang salah me­ngenai Akta Hasutan 1948 yang didakwa oleh perayu (Wan Ji) sebagai tidak berperlembagaan.

SESUKA HATI

Hakim Hadhariah berpendapat, kebebasan bersuara bukan hak mutlak untuk seseorang bercakap sesuka hati kerana masih ada batas yang perlu dijaga.

Dalam prosiding itu, peguam Muhammad Faiz Fadzil mewakili Wan Ji manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya How May Ling.

Wan Ji didakwa menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah, termasuk membabitkan isu agama dalam Facebook (FB) dengan nama wanji.attaaduddi.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, pada pukul 10 pagi, 5 November 2012.

Pertuduhan dikenakan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 iaitu denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi ke­salahan pertama.

Dia dihadapkan ke mah­kamah pada 10 September 2014 sebelum didapati bersalah di akhir perbicaraan dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 9 April 2018.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN