Gadis maut kereta terbabas, rempuh pokok

Gadis maut kereta terbabas, rempuh pokok

KEADAAN kereta milik mangsa yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di di Kilometer 6 Kampung Padang Pak Amat berhampiran simpang masuk ke Jeram Pasu di Pasir Puteh, Kelantan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang gadis maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Kilometer 6 Kampung Padang Pak Amat berhampiran simpang masuk ke Jeram Pasu , di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.20 tengah hari, mangsa Nur Ain Alia Mohamad Arep, 19, yang memandu kereta jenis Perodua Bezza meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, berkata siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Pasir Puteh menghala ke Jeram Pasu.

Menurutnya, setiba dilokasi kejadian kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan kemudian terbabas ke bahu jalan mengala ke arah Jeram Pasu.

“Mangsa telah meninggal dunia dilokasi kejadian dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkait kemalangan itu diminta tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Puteri Famieza Abd. Kahar di talian 017-2047828,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar memberitahu, sepasukan anggota enam anggota penyelamat telah bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 12.40 tengah hari.

Katanya, pasukan bomba menggunakan peralatan khas ‘Road Traffic Accident ‘ (RTA) untuk mengeluarkan mangsa.

“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk proses bedah siasat di Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya