KOTA BHARU: Ketiadaan pasukan pembangkang yang kuat di Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di Kelantan dan Kedah dilihat tidak sihat untuk sistem demokrasi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr. Marwan Ismail berkata, pembangkang yang kuat diperlukan bagi memastikan peranan semak dan imbang setiap kali sidang berlangsung. Bagaimanapun, beliau berharap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan dan tiga di Kedah dapat memainkan peranan…










