JOHOR BAHRU: Dua bekas pemimpin utama Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama lebih 200 ahli kedua-dua parti itu didakwa akan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah). Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, majlis penyerahan borang keahlian Amanah oleh bekas Exco Kerajaan negeri dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersama ahli-ahli mereka akan dilakukan di Sungai Abong, Muar, hari ini dan di Taman Rekreasi Taman Uda Utama, Perling, di…