ATM tahan lima PATI warga Indonesia - Utusan Malaysia

ATM tahan lima PATI warga Indonesia

SEBAHAGIAN PATI Indonesia yang berjaya ditahan ATM dalam operasi di Tanah Merah, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia termasuk dua wanita selepas mereka cuba masuk ke negara ini secara tidak sah dengan menyeberang Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di sini, hari ini.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, keempat-empat PATI itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat perisikan, pasukan beroperasi berjaya mengesan dan menahan lima orang awam yang memasuki negara ini secara haram dengan menyeberangi Sungai Golok menggunakan perahu.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua PATI yang ditahan berusia dalam lingkungan 27 hingga 52 tahun.

“Selain itu, enam buah telefon bimbit, wang tunai mata wang Ringgit dan Rupiah, lima pasport, 25 bentuk cincin suasa dan seutas gelang manik dengan nilai keseluruhan lebih RM7,730 turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, kelima-lima PATI itu kemudiannya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah di sini untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya