Ahmad Zahid yakin Sanusi dapat urus mangsa banjir di Kedah - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid yakin Sanusi dapat urus mangsa banjir di Kedah

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendoakan agar kebajikan 1,452 mangsa banjir di Kedah yang terdiri daripada lebih 400 keluarga dapat diuruskan oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau yakin Muhammad Sanusi dapat memberikan perkhidmatan terbaik demi mangsa banjir di negeri itu.

“Janganlah sibuk di kawasan orang lain, jagalah rakyatnya sendiri,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Kerjaya MyFuture Jobs bersama Hawa Malaysia di Felda Chemomoi di sini.

Beliau berkata demikian mengulas perkembangan situasi banjir di Kedah yang hampir seminggu berlaku bermula 25 September lalu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berharap agar isu-isu yang dibawa Menteri Besar Kedah itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai kali ini tidak terlekat diminda dan dihati pengundi di situ.

Menurutnya, beliau tahu Muhammad Sanusi akan menggunakan apa sahaja strategi mendekati pengundi khususnya di tanah rancangan Felda di sini supaya membenci kerajaan Pusat dan negeri ketika ini.

“Saya harap rakyat di Pelangai bijak sebagai mana pengundi di Pulai dan Simpang Jeram di Johor yang membuat keputusan tepat memilih wakil rakyat yang boleh meneruskan kesinambungan perkhidmatan di kawasan itu.

“Saya juga mengharapkan agar mereka menolak calon dari pihak yang tidak dapat dapat meneruskan perkhidmatan selari kerajaan negeri dan Pusat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya