PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin akan mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) selepas berakhir Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Zuraida berkata, beliau akan mempertimbang segala aspek untuk menganggotai parti diterajui Presiden, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai. “Insya-Allah, saya mempertimbang untuk menyertai Gerakan. Mungkin keputusannya akan diketahui selepas tamat pilihan raya negeri. “Apa yang saya lakukan…










