Wan Rosdy nafi pertikai pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Wan Rosdy nafi pertikai pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menafikan sekeras-kerasnya poster yang tular di media sosial kononnya beliau mempertikaikan pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

Naib Presiden UMNO itu berkata, ia merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang cuma memecahbelahkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Tindakan itu juga katanya, mencalar imej beliau selaku Menteri Besar dan Naib Presiden UMNO.

“Malah, gabungan BN dan PH di Pahang masih kukuh dalam terus mentadbir negeri sehingga hari ini.

“Cukup-cukuplah berpolitik 24 jam dan hentikanlah menyebar fitnah kebencian yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan kita semua,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Poster yang tular hari ini memaparkan gambar dan kenyataan Wan Rosdy yang didakwa sebagai berkata, Negeri Sembilan patut mengambil contoh perpaduan yang dirasai rakyat negeri ini melalui pentadbiran diketuai BN.

“Tidak eloklah jika BN yang memenangi paling banyak kerusi di Negeri Sembilan dinafikan untuk menjadi Menteri Besar. Saya tidak teragak-agak untuk menukar komponen kerajaan negeri Pahang sekiranya itu berlaku,” dakwa kenyataan menerusi poster tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya