UMNO makin tenat, hilang wibawa - Annuar Musa

UMNO makin tenat, hilang wibawa – Annuar Musa

ANNUAR Musa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Presiden Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa mendakwa UMNO semakin tenat dan hilang wibawa apabila bakal menyaksikan penghijrahan keluar beramai-ramai ahli untuk meninggalkan parti berkenaan dalam masa terdekat di negeri ini.

Annuar berkata, pergerakan keluar parti secara beramai-ramai seperti itu akan menjadi seperti seruan dan situasi tersebut akan menyaksikan satu gelombang yang membawa rakyat di negeri ini berdiri lebih teguh bersama Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, situasi itu sekali gus memberi kesan langsung kepada senario politik.

“Itu satu seruan dan saya boleh rasa sekarang ini. Sudah boleh rasa situasi itu. Bukan hendak sedap bercakap tetapi boleh tanya sesiapa sahaja.

“UMNO sedang menghadapi satu krisis yang sangat tenat kerana mereka sendiri menghilangkan kewibawaan mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas program Ceramah Perdana Isu Semasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas, di sini malam tadi.

Annuar memberitahu, rakyat termasuk anak-anak muda sentiasa memerhati serta menilai akan memilih sebuah parti yang lebih konsisten dalam perjuangannya.

Katanya, gelombang yang pernah berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) akan ‘double up’ (berganda) pada 12 Ogos ini. 

“Rakyat termasuk anak-anak muda tidak dapat menerima cara politik UMNO yang dilihat lebih memperjuangkan individu berbanding menjaga dasar kerajaan.

“Sebab itu Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendapat dukungan rakyat kerana di bawah Perikatan Nasional (PN) kedua-duanya lebih konsisten dalam perjuangan walaupun tidak jadi pemerintah,” ujarnya.

Bekas Setiausaha Agung UMNO itu berkata, PN merupakan parti pilihan terutama bagi pengundi Melayu yang mana ia telah dibuktikan melalui keputusan PRU-15 lalu.

“Maknanya, pihak yang berjaya membentuk kerajaan itu tidak semestinya menjadi parti yang akan dijulang oleh rakyat. Rakyat nak tengok parti yang baik,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya