Tidak rasmi: PH dahului 12 kerusi di Pulau Pinang

Tidak rasmi: PH dahului 12 kerusi di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mendahului di 12 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang setakat pukul 7 malam ini.

Ini meliputi kerusi Air Putih, Paya Terubong, Air Itam, Seri Delima, Batu Lancang, Pengkalan Kota, Sungai Puyu, Bagan Jermal, Bagan Dalam, Perai, Padang Lalang dan Berapit.

Perikatan Nasional (PN) pula mendahului di enam kerusi iaitu di Tanjong Bunga, Pulau Tikus, Komtar, Pantai Jerejak, Bayan Lepas dan Jawi.

Hanya 21 daripada 40 kerusi diperlukan untuk meraih majoriti mudah dan membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN