Tiada sebab ahli UMNO mahu keluar parti

Tiada sebab ahli UMNO mahu keluar parti

AHMAD Maslan mengunjungi Mohd. Zaidy di kediaman calon BN Jeram Padang itu di Taman Arked, Batu Kikir, Jempol petang tadi.-UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Tiada sebab untuk ahli UMNO ketika ini untuk bertindak keluar beramai-ramai seperti yang didakwa oleh Presiden Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sehubungan itu berkata, mana-mana ahli parti itu yang merancang untuk mengambil tindakan tersebut mereka diminta untuk berfikir semula mengenainya.

“Jika ada mereka yang kecewa seperti beliau itu (Annuar) saya tidak ambil kisah tetapi saya harapkan ahli-ahli UMNO yang berfikir hendak keluar supaya berfikirlah semula bahawa tidak ada sebab untuk keluar parti.

“Kita sudah jadi sebahagian daripada kerajaan, kalau mahu ikut Annuar Musa, dia calon (PRN) pun tidak dapat. Perjuangan UMNO juga tidak ada cacatnya berbanding perjuangan orang lain, kalau mahu kata parti Pas itu perjuangan Islam, UMNO juga memperjuangkan Islam, semaklah Perlembagaan UMNO,” katanya.

Annuar ketika sidang akhbar selepas program Ceramah Perdana Isu Semasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan malam semalam mendakwa, UMNO semakin tenat dan hilang wibawa apabila bakal menyaksikan penghijrahan keluar beramai-ramai ahli untuk meninggalkan parti berkenaan dalam masa terdekat di Kelantan.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, pergerakan keluar parti secara beramai-ramai seperti itu akan menjadi seperti seruan dan situasi tersebut akan menyaksikan satu gelombang yang membawa rakyat Kelantan berdiri lebih teguh bersama Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan 1 berkata, sekiranya ahli-ahli UMNO berkenaan mahu meninggalkan parti kerana UMNO sudah bekerjasama dengan DAP, mereka telah melakukan kesilapan.

“Kalau mahu kata DAP punca (mereka) mahu keluar, itu tersilap kerana DAP telah nyatakan bahawa mereka mendukung Islam sbagai agama Persekutuan, mereka juga mendukung Raja-Raja Melayu dan kedaulatannya.

“Mereka juga menyokong hak istimewa Melayu dan bumiputera dan mereka juga sokong Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, itu adalah empat teras dalam Perlembagaan yang disebut dan disokong oleh DAP,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi calon Barisan Nasional (BN) Jeram Padang, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir di Taman Arked, Batu Kikir di sini hari ini.

Mohd. Zaidy mengalami kecederaan patah kaki selepas terbabit kemalangan jalan raya baru-baru ini.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN