Suri rumah maut selepas besarkan payudara - Utusan Malaysia

Suri rumah maut selepas besarkan payudara

TAN WEI SHAN dipercayai maut beberapa hari selepas menjalani prosedur membesarkan payudara oleh seorang pakar kecantikan tidak berlesen di Skudai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang suri rumah berusia 29 tahun maut, dipercayai selepas menjalani prosedur membesarkan payudara, hujung bulan lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Tan dikatakan telah menjalani prosedur berkenaan di sebuah kediaman dua tingkat di Taman Mutiara Rini, Skudai di sini pada 29 Julai lalu.

Suaminya, seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 35, memberitahu, isterinya mula tidak sihat dan pening selepas menjalani prosedur berkenaan.

“Dia mengadu sakit dan bengkak pada bahagian dadanya. Petang esoknya, isteri saya mengunjungi sebuah klinik sebelum dikejarkan ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 7 malam.

“Akibat sakit yang dialami, dia dilaporkan telah meninggal dunia pada pukul 7 malam, 2 Ogos lalu,” katanya sambil memaklumkan mereka mempunyai dua anak berusia sembilan dan 12 tahun.

Wong memberitahu, pada awalnya isterinya hanya mahu mendapatkan rawatan kecantikan pada bahagian muka dan mendapat maklumat tentang premis berkenaan daripada seorang rakan.

“Sebelum itu, kami tidak pernah dimaklumkan bahawa ‘beautician’ yang memberikan perkhidmatan rawatan berkenaan tidak mempunyai lesen dan beroperasi secara haram.

“Jadi, apabila individu tersebut meyakinkan isteri saya untuk menjalani prosedur membesarkan payudara, dia bersetuju untuk melakukannya walaupun sedikit bimbang dengan perkara itu,” katanya sambil memberitahu majlis pengebumian isterinya telah diadakan Ahad lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin mengesahkan kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya