Remaja maut dilanggar lori ketika keluar simpang - Utusan Malaysia

Remaja maut dilanggar lori ketika keluar simpang

KEADAAN motosikal ditunggang R. Pavithran dilanggar lori selepas keluar dari simpang di Jalan Tengah di Pekan Layang-Layang, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang remaja maut apabila motosikal ditungganginya dilanggar lori di Jalan Kampung Tengah di Pekan Layang-Layang, dekat sini petang tadi. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, mangsa, R. Pavithran, 16, yang cedera parah dalam kejadian pukul 6.20 petang itu meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Eche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika lori jenis Hino dipandu Muhammad Firdaus Azaman, 27, dalam perjalanan dari Sedenak menuju ke Pekan Layang-Layang. 

“Apabila sampai di lokasi kejadian, sebuah motosikal keluar secara tiba-tiba dari simpang sebelah kiri jalan dan kedudukan motosikal yang terlalu dekat menyebabkan lori itu tidak sempat diberhentikan. 

“Akibatnya, motosikal ditunggang oleh remaja berkenaan dilanggar oleh lori tersebut menyebabkan penunggangnya mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan meninggal dunia di Hospital Eche Besar Hajjah Khalsom semasa menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Pemandu lori tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN