Pusat penamaan calon PRK Pulai tenang, terkawal - Utusan Malaysia

Pusat penamaan calon PRK Pulai tenang, terkawal

ANGGOTA polis membuat kawalan di pusat penamaan calon Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suasana di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini bagi kerusi Parlimen Pulai dalam keadaan tenang dengan kehadiran pegawai dan anggota polis yang berkawal sejak awal pagi.

Kira-kira pukul 8 pagi, kelihatan tiada pergerakan perarakan oleh mana-mana parti politik bagi menghantar calon masing-masing ke pusat penamaan calon itu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati pihak polis membuat sekatan jalan raya seawal pukul 6 pagi dengan meletakkan penghadang jalan di laluan masuk serta beberapa jalan berhampiran.

Wakil media daripada pelbagai agensi sudah bersedia di pekarangan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim sejak pukul 7 pagi bagi menunggu kehadiran perarakan mengiringi calon yang akan bertanding.

Cuaca di pusat penamaan calon turut cerah.

Kaunter penamaan calon akan dibuka mulai pukul 9 pagi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN