Pulai, Simpang Jeram milik Amanah

Pulai, Simpang Jeram milik Amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan menye­rahkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram kepada parti komponen lain dalam kerajaan perpaduan ke­rana kedua-duanya milik Amanah.

Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad menegaskan, Parlimen Pulai merupakan satu antara dua kerusi yang dimenangi Amanah di Johor manakala kerusi Simpang Jeram pula merupakan satu-satunya kerusi DUN yang dimenangi Amanah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini.

“Jika kami memberikan laluan kepada pihak lain dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti, bermakna Amanah Johor akan kurang wakil sama ada di peringkat Parlimen dan langsung tiada wakil di peringkat DUN. Itu kita tidak mahu berlaku,” katanya di sini, semalam.

Dzulkefly memberi­tahu, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu mahukan parti memberi tumpuan kepada PRN dahulu sebelum membuat keputusan berhubung PRK Pulai dan Simpang Jeram.

“Walau bagaimana, Amanah Johor akan meminta sekurang-kurang­nya dua nama daripada kepimpinan bahagian terlibat,” katanya.

Kedua-dua kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Men­teri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sa­ra Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub 23 Julai lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Salahuddin mempertahankan kerusi Parlimen Pulai dalam pertandi­ngan tiga penjuru dengan memperoleh majoriti 33,174 undi, manakala pada PRN Johor, beliau turut berjaya mempertahankan kerusi DUN Simpang Jeram dalam pertembungan empat penjuru dengan majoriti 2,399 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×