Proses rejuvenasi MCA bermula di Johor -Wee Ka Siong

Proses rejuvenasi MCA bermula di Johor -Wee Ka Siong

WEE Ka Siong (depan tengah) bergambar bersama kepimpinan dan ahli parti semasa Konvensyen Tahunan MCA Negeri Johor 2023 yang diadakan di Taman Desamas, Kulai, Johor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: MCA akan menjadikan Johor sebagai negeri perintis dalam usaha parti itu melakukan proses rejuvenasi dengan menyasarkan seramai 4,000 keahlian baharu, sekali gus memastikan parti itu kekal relevan.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, usaha itu penting kerana pelaksanaan Undi-18 menyaksikan setiap individu menjadi pengundi secara automatik, bukan seperti dahulu di mana mereka perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sehubungan itu, katanya, usaha menarik keahlian dan penyokong baharu itu akan diterajui dua sayap parti iaitu Wanita dan Pemuda.

“MCA Johor mempunyai struktur parti yang sangat baik, ia juga kini merupakan tulang belakang parti apabila antara dua Ahli Parlimen dan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) MCA, enam daripadanya datang dari Johor.

“Sehubungan itu, Johor perlu menjadi perintis yang mengepalai gerakan untuk kita meremajakan parti, memulakan gerakan agar MCA dapat lakukan sesuatu yang jauh lebih baik pada masa depan.

“Ini kerana Johor terbukti menjadi negeri yang menyatukan ahli sesama parti, walaupun mempunyai 26 bahagian, tetapi pemilihan parti berlangsung dengan lancar tanpa sebarang perseteruan sekali gus menjadikan Johor sebagai negeri yang boleh diteladani negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Konvensyen Tahunan MCA Negeri Johor 2023 yang diadakan di Taman Desamas, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon; Ketua Wanita MCA, Wong You Fong; Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker serta barisan kepimpinan MCA negeri.

Ka Siong yang juga merupakan Ahli Parlimen Ayer Hitam turut memberitahu, pihaknya turut memulakan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) dengan usaha menarik lebih ramai keahlian baharu.

“Sebagai permulaan, kita memberikan sasaran kepada MCA Johor untuk menarik seramai 4,000 keahlian baharu secepat mungkin, itu permulaan dan perkara ini akan diikuti MCA negeri-negeri lain.

“Walaupun kita sedar jumlah keahlian yang besar bukan faktor utama yang memberikan kemenangan dalam pilihan raya, tetapi, ia penting dalam usaha meremajakan parti, suka atau tidak kita perlu tambah keahlian dengan segera.

“Langkah itu diambil kerana MCA serius melakukan langkah siap siaga dalam mempertahankan kerusi yang dimenangi selain turut berusaha merampas kembali kerusi-kerusi yang kita tewas dengan tipis, itu sasaran kita dalam PRU-16 akan datang,” jelasnya lanjut. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya