PRN: Presiden Turkiye doakan kejayaan PH-BN

PRN: Presiden Turkiye doakan kejayaan PH-BN

RECEP TAYYIP ERDOGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Turkiye, Recep Tayyib Erdogan mendoakan kejayaan buat Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perkara tersebut susulan pertemuan secara maya antara beliau dan Erdogan pagi tadi.

“Saya hargai sokongan dan dukungan sahabat saya, Presiden Turkiye yang mendoakan kejayaan gabungan perpaduan PH-BN dalam PRN di enam negeri pada 12 Ogos ini.

“Semoga Kerajaan Perpaduan di negara kita terus mantap dan stabil bagi menjalankan amanah rakyat serta memajukan negara, Insya-Allah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Enam buah negeri yang bakal berhadapan PRN adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Ia menyaksikan percaturan dua gabungan besar politik iaitu PH-BN dan Perikatan Nasional, selain menyaksikan 570 calon merebut 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebanyak 9,773,571 pengundi berdaftar akan menjadi penentu kemenangan bagi mana-mana gabungan mahupun calon bebas dalam perebutan kerusi DUN.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya