PETALING JAYA: Kerajaan di lima negeri kecuali Selangor diramal mengekalkan kuasa dengan kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya negeri (PRN) esok tanpa mengubah status quo di kesemua negeri terbabit. Di Selangor, gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dijangka kehilangan beberapa kerusi, namun masih mampu mendirikan kerajaan dengan keputusan majoriti mudah menguasai 29 kerusi daripada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN). Keputusan tersebut dipengaruhi sentimen pengundi di lima negeri…