PH berdepan laluan sukar di Sekinchan?

PH berdepan laluan sukar di Sekinchan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAP tidak boleh memandang ringan kerusi miliknya ter­utama di DUN Sekinchan walaupun Perikatan Nasional (PN) dipercayai mengubah strategi pencalonannya di situ pada penamaan calon Sabtu lalu.

Ini didakwa didorong ke­hi­langan kira-kira 5,000 pe­ngundi dipercayai dalam ka­­langan usia 18 hingga 25 ta­hun di kawasan berkenaan yang menyebabkan mereka berdepan risiko tewas pada pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Kegagalan mengenal pasti punca dan kedudukan mereka di semua 11 pusat daerah me­ngundi (PDM) DUN berkenaan menyebabkan parti itu tidak boleh berkempen dengan selesa sehingga Jumaat depan.

Namun sehingga hari ini, pengundi-pengundi berkena­an masih belum dapat dikenal pasti sehingga memerlukan jentera Pakatan Harapan (PH) di situ mewujudkan pusat panggilan (call centre) bagi me­ngesan pengundi muda terbabit.

Selain kehilangan pe­ngundi muda, DAP juga perlu memastikan keyakinan terhadap sokongan 11,020 pe­ngundi Melayu kerana mereka tidak boleh terlalu bergantung ha­rap kepada kira-kira 12,200 pengundi Cina dan 700 kaum India.

Ini kerana, parti itu bersama gabungannya dalam PH bersama Barisan Nasional (BN) berdepan dengan sentimen perasaan penyokong yang masih merasakan dikhianati apabila DAP dan UMNO yang bermusuhan selama puluhan tahun akhirnya berkawan.

Akhirnya, bukan isu bangsa, agama dan institusi diraja (3R) yang dimainkan, tetapi persoa­lan persengketaan tertanam begitu dalam pada penyokong masing-masing yang memungkinkan mereka bertindak tidak keluar mengundi atau menyokong parti lawan sebagai sebuah manifestasi.

Justeru, PH dan BN dalam Parlimen Sungai Besar khususnya di Sekinchan perlu me­lakukan sesuatu melebihi semangat perpaduan dan Ma­dani untuk meyakinkan penyokong masing-masing dan keluar mengundi pada PRN Sabtu depan.

Terdahulu pada hari pe­namaan calon, DAP me­nge­kalkan penyandangnya, Ng Suee Lim untuk memperta­hankan kerusi tersebut sementara PN meletakkan calon bersekutu, Datuk Goh Gaik Meng yang merupakan Ketua Sayap Bukan Bumiputera Bersatu Selangor.

Keputusan PN meletakkan bekas anggota MCA itu sedikit sebanyak mengurangkan ke­tegangan persaingan antara parti tersebut dengan PH di DUN berkenaan apabila sebelum ini mereka dipercayai mahu mencadangkan Mohd. Zaidi Selamat atau Cikgu Zaidi bertanding di situ.

Bagaimanapun, Mohd. Zaidi kemudian dicalonkan di DUN Sungai Tawar untuk menentang penyandangnya, Datuk Rizam Ismail yang merupakan ketua pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dalam PRU15, DAP memenangi kerusi Sekinchan apabila seramai 9,244 orang me­ngundi calon PH bagi Parlimen Sungai Besar dengan majoriti sebanyak 4,912 undi dalam pertembungan empat penjuru melibatkan BN (4,332 undi), PN (4,160) dan Pejuang (78). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×