LLM jangka trafik meningkat sempena PRN

LLM jangka trafik meningkat sempena PRN

LLM mengarahkan semua kosensi lebuh raya menghentikan pembinaan dan penyelenggaraan sehingga 7 Mei.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan berlaku peningkatan jumlah trafik yang menggunakan lebuh raya sempena hari mengundi bagi PIlihan Raya Negeri (PRN) bermula hari ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber LLM berkata, pergerakan dan aliran trafik keluar dari ibu kota dan Lembah Klang dijangka bertambah selepas tamat waktu bekerja.

Ia khususnya menuju ke enam buah negeri yang terlibat dengan PRN terutamanya ke arah pantai timur dan utara tanah air.

“LLM juga mengarahkan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya agar semua kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya sepanjang tempoh bermula 11 hingga 13 Ogos ini dihentikan buat sementara waktu  kecuali bagi kerja-kerja yang melibatkan kes-kes kecemasan sahaja.

“Syarikat-syarikat konsesi pengendali lebuh raya juga diingatkan agar sentiasa memastikan pengoperasian lebuh raya dalam keadaan terbaik dan semua kemudahan dapat berfungsi sepanjang tempoh tersebut.

“Ia terutamanya di Kawasan Rehat dan Rawat RnR) serta Hentian Sebelah demi keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Untuk rekod, PRN bakal melibatkan enam buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN