KMJ 2023 teruskan jelajah ke empat daerah - Utusan Malaysia

KMJ 2023 teruskan jelajah ke empat daerah

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM menanam pokok meranti semasa merasmikan Hutan Rekreasi Sungai Temigol di Kahang, Kluang sempena KMJ 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Kembara Mahkota Johor 2023 meneruskan jelajah pada hari kedua dengan merentasi daerah Kluang, Segamat, Tangkak dan Muar.

 

Jelajah bermula dari bandar ini dengan diketuai oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan ditemani adinda-adinda beliau.

 

Merentasi perjalanan sejauh 321 kilometer, rombongan menemui rakyat di beberapa lokasi, antaranya di Kampung Lukut dan Laman Kembara Paloh.

 

Rombongan kemudian meneruskan perjalanan ke Taman Eko Rimba Sungai Bantang dan Pekan Sagil sebelum mengakhiri jelajah hari ini di Muar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya