Kes bom: Belum ada petunjuk baharu

Kes bom: Belum ada petunjuk baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis belum menemukan sebarang petunjuk baharu berhubung siasatan kes penemuan bom pada ke­reta aktivis, Siti Kasim 21 Julai lalu.

Mengesahkan perkara itu, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, penelitian terhadap rakaman kame­ra litar tertutup (CCTV) juga tidak menunjukkan ada suspek boleh disyaki.

Beliau yang dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkuat kuasa hari ini berkata, rakaman CCTV tidak menunjukkan kenderaan milik Siti Ka­sim didekati mana-ma­na individu yang bo­leh disyaki.

Katanya, pihaknya ju­ga tidak menemukan cap jari individu disyaki di kenderaan itu.

“Buat masa ini, kita tidak ada petunjuk untuk menjuruskan kepada sesiapa, namun siasatan masih dibuka dan kes berkenaan tidak ditutup.

“Kita harap, sesiapa yang ada maklumat boleh panjangkan kepada pihak kita bagi siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur serta Pengerusi Perkep Kontinjen Kuala Lumpur di sini semalam.

Pada 31 Julai lalu, polis mengesahkan mengambil keterangan 13 individu termasuk pengadu, rakan-rakan, mekanik dan pengawal keselamatan kediaman.
Kesemua mereka da­lam lingkungan usia 26 hingga 60 tahun.

Hasil siasatan dan pemeriksaan polis mendapati bahan letupan tersebut sempurna dan lengkap untuk berlakunya letupan.

Antara bahan ditemukan dipercayai untuk menghasilkan bahan letupan itu adalah kain, diesel, wayar, bateri dan mercun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN