PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan telah mengeluarkan kenyataan media berhubung siasatan rasuah melibatkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bertarikh 23 Ogos 2023 yang tular menerusi media sosial.
SPRM dalam kenyataan berkata, tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut berniat jahat serta mengelirukan orang ramai.
“Sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan dan berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” kata kenyataan itu.
Pada April lalu, Jabatan Perdana Menteri turut menafikan kenyataan kononnya SPRM akan menjalankan siasatan dengan kadar segera terhadap kes salah guna kuasa melibatkan perkhidmatan KSN dan KPPA.- UTUSAN










