Hujan berlaku di hampir keseluruhan negeri

Hujan dijangka berlaku hampir seluruh negara

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat melibatkan beberapa buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya pada hari ini.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia,  negeri yang dijangka berlaku  ribut petir seperti yang dimaklumkan ialah Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Dalam pada itu, kawasan di Kedah dan Pulau Pinang berpotensi berlaku hujan lebat pada sebelah pagi.

Bagi ramalan cuaca pada sebelah petang pula, MetMalaysia meramalkan akan berlaku hujan di satu dua tempat yang melibatkan hampir ke semua negeri di Semenanjung bermula di negeri Selangor, pedalaman Negeri Sembilan dan Johor.

Sementara itu, menjelang lewat petang pula, hujan akan berlaku di negeri Kelantan dan Pahang.

Sebelum ini, MetMalaysia menyarankan agar pengundi menjalankan tanggungjawab untuk membuang undi  lebih awal sekiranya cuaca baik pada waktu pagi.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati untuk sentiasa  cakna  merujuk maklumat cuaca, ramalan dan amaran yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui  platform mereka. -UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN