Dua remaja maut, kereta terbabas lalu terbalik - Utusan Malaysia

Dua remaja maut, kereta terbabas lalu terbalik

DUA remaja maut selepas kereta Honda City dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Taman Suria Muafakat, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua remaja maut apabila kereta Honda City dinaiki terbabas lalu terbalik di Jalan Tun Abd. Razak, Taman Suria Muafakat, di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Firdaus Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada pukul 1.55 pagi dan menghantar 12 anggota berserta empat buah jentera ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kenderaan jenis Honda City tersebut telah terbabas dan merempuh tepi jalan raya, sebelum terbalik.

“Akibat kejadian tersebut, seorang mangsa didapati telah tersepit di dalam kenderaan, manakala seorang lagi tercampak keluar sehingga ke pembahagi jalan.

“Kedua-dua mangsa berusia 19 tahun dan dikenali sebagai Lee Chee Yong dan Seow Zong Ho  dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Operasi tamat pada pukul 2.55 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN