BN-PH kerja keras bentuk kerajaan baharu di Kelantan untuk bantu rakyat

BN-PH kerja keras bentuk kerajaan baharu di Kelantan untuk bantu rakyat

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) terus bekerja keras semata-mata untuk membentuk sebuah kerajaan baharu di negeri ini membantu rakyat yang mengalami kesengsaraan selama 33 tahun berada di bawah kepimpinan Pas.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sepanjang tempoh berkenaan, tiada sebarang perubahan yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bekerja keras dan saya juga perlu bekerja keras melebihi Perdana Menteri termasuk jentera BN-PH untuk memenangkan semua calon.

“Kita bekerja bukan kerana upah, bukan kerana duit tapi kita bekerja untuk membentuk kerajaan baharu di Kelantan yang mengalami kesengsaraan selama 33 tahun tanpa  perubahan,”katanya semasa Ceramah Mega Jelajah Perpaduan Madani Kelantan di BN Command Centre Batang Merbau di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Ahmad Zahid berkata, apa jua perubahan yang dilakukan di Kelantan sama ada sekolah, rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan sebagainya adalah daripada Kerajaan Persekutuan.

Katanya, meskipun negeri ini berada di bawah kepimpinan Pas, namun Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan tetap berlaku adil dengan menyalurkan pelbagai peruntukan kepada Kelantan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya